Kafir Bertanya Islam Menjawab
Sewaktu Nabi Muhammad saw
wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan
tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai
penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan
dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang
Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi
kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa
was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan
agama yang dianutinya. Nauzubillah.
Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar
pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam.
Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran.
Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran
diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw
jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan
kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup
umat Islam.
2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan
lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat
daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi
dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan
Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu
sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum,
hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang
diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible
juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat
pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan
akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian
sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di
akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi
Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya.
Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih
hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan?
Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah
Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama
juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah
Adam saja?
Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di
sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah
menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!"
maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.
6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap
guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam
+ Anak Tuhan (Isa)'?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang
menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen
Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh
binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan
bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa.
Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita
bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu,
sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati
kelaparan.
9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar"
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
11) Sami Buddha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan
binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti
makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi
kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan
ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang
ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah
pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa
yang telah Allah halalkan.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu
dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi
kanibal?
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan
umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka
kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang
yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak
Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala
tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada
sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap
solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah
Allah. Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu
sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan
sepanjang zaman.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi
adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah
itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh
nampak Allah.
Source
0 komentar:
Posting Komentar